Lirik Lagu Ramadhan Kareem dari Munif Hijjaz feat Zul Rabbani semoga lagu tersebut dapat menghibur anda.

Ramadan 
Ramadan telah muncul dan tersenyum 
Ramadan 
Ramadan waktu amal kebaikan 
Ramadan 
Ramadan waktu amal kebaikan 

Ahlan wa sahlan, ya Ramadan 
Bulan yang sentiasa kunantikan 
Segarkan jiwa yang kelelahan 
Dalam kesibukan dunia 

Hadirmu kusambut penuh rindu 
Tasbih dan tahmid tak henti beralun 
Kerana kutahu bersamamu 
sarat rahmat Tuhanku 

Kau lontarkan keinsafan 
membuka mataku melihat kedhaifan 
Insan yang kelaparan 
mengemis simpati dan ehsan 

Nafsu yang sukar mengalah 
Dan hati yang mudah terbakar dan meradang 
Terdiam kesyukuran 
dipeluk kesabaran 

Marhaban, ya Ramadan 
Marhaban, ya Ramadan 
Marhaban, ya Ramadan 




Di bawah cahayaMu 
kuhidupkan malamku 
sujud pada Tuhanku 

Terimalah taubatku 
rahmatilah diriku 
wahai Allah yang satu 

Kekalkan keikhlasan 
dan rasa kehambaan 
dengan berkat Ramadan 

Ramadan Kareem, Marhaban 


Kau lontarkan keinsafan 
membuka mataku melihat kedhaifan 
Insan yang kelaparan 
mengemis simpati dan ehsan 

Nafsu yang sukar mengalah 
dan hati yang mudah terbakar dan meradang 
Terdiam kesyukuran 
dipeluk kesabaran 

Marhaban, ya Ramadan 
Marhaban, ya Ramadan 
Marhaban, ya Ramadan 
Marhaban, ya Ramadan 

Di bawah cahayaMu 
kuhidupkan malamku 
sujud pada Tuhanku 

Terimalah taubatku 
rahmatilah diriku 
wahai Allah yang satu 

Kekalkan keikhlasan 
dan rasa kehambaan 
dengan berkat Ramadan 

Ramadan Kareem

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama